Thursday 1 December 2016

Bersyukurlah

Tadi bersembang dengan adik aku, setelah sekian lama tak ada bonding time macam tu(lol sambil bersihkan ikan bilis pulak tu😂). Macam2 kami cerita, dari kenangan childhood, pasal kawan, pasal lelaki lah and last ni, yang aku rasa terdetik nak kongsi di sini.

Aku cakap dekat adik aku, beruntung dia tak duduk asrama macam aku, aku ni dah 7 tahun tinggal di asrama, sampai dah muak dah. Kadang aku rasa sedih sebab bila aku balik, macam2 perubahan jadi yang aku tak tahu since aku tak ada dekat rumah so aku macam out to date sikit. E.g : Ayah aku lately stress pasal kerja and akan marah dekat satu rumah kalau buat salah sikit. Orang dekat rumah dah lali and aku yang baru balik ni tetiba kena sembur maka berlakulah adegan tarik muka masam dan berkurung dalam bilik.

Or, balik2 tengok semua orang happy je rapat dengan adik-beradik lain while aku baru nak terkial-kial kenal and hafal nama.

Pastu adik aku jawab, aku beruntung lagi sebab duduk asrama cuma penat buat kerja sendiri. Tak payah susah2 kena buat kerja rumah yang lain. Plus, duduk rumah tension asyik kena marah, even nak tidur sebab letih pun kena marah , katanya mengada buat2 penat(mak ayah aku cakap camni sebab memang betul pun kami banyak tidur, diorang lagi banyak buat kerja). Aku terdiam. Humm betul jugak. Aku at least penat belajar kat asrama pun weekwnd boleh tidur rehat puas2. Adik aku tak, weekend tu lah dia kena buat semua benda cuci satu rumah.

Aku ubah pulak topik lain, aku cakap pasal akademik. Aku kata dekat adik aku, aku penat jadi 'budak pandai', harapan keluarga. Aku kata, dapat keputusan bagus memang seronok tapi kalau sekali jatuh orang dah lupa semua kejayaan kita, orang asyik tuding kesalahan kita, merendahkan kita sebab gagal.
Then dia cakap, better jadi pandai fail sekali je dari bodoh selamanya macam dia. Adik aku kata semua orang tak habis2 bandingkan aku dengan dia. Tanya kenapa dia bodoh padahal si kakak pandai? Asal buat salah sikit nama aku yang akan diungkit dan dibandingkan dengan adik aku ni.  Aku sebak.
Benda ni memang dari dulu lagi jadi salah satu punca pergaduhan kami. Perbandingan.


Perbandingan ni terjadi bila masing2 tak reti nak bersyukur pada kelebihan dan kekurangan diri masing2. Boleh jadi, kekurangan kita tu satu sumber kelebihan orang lain. Hidup ni saling melengkapi. Aku tak tahu kenapa semua orang tak habis2 nak membanding sesama manusia. Sedangkan setiap satu antara kita ni ada keistimewaan yang berbeza.

Sebagai contoh, aku mungkin pemalu, tapi aku juga antara orang yang lantang dalam pembentangan sesuatu tugas.

Macam adik aku, mungkin perwatakan dia kasar, tapi adik aku sangat pandai berbudi bahasa dengan orang tua.

Bersyukurlah dengan kelebihan masing2. Merungut tak akan mengubah apa-apa.
Berkelahi pun.
Cukup sekadar kita saling menerima

Aku pun lepas dah slow talk dengan adik aku tu, rasa bersalah dengan diri sendiri. Sebab tak bersyukur dengan nikmat yang tuhan bagi.

Allah dah beri aku bakat untuk melukis, tapi aku masih merungut yang aku tak mampu jadi sehebat certain person. Padahal ramai lagi yang berharap agar mereka dikurniakan bakat seperti aku, at least dapat lepas lukis ladybird pun jadilah, sebab masih ada orang yang tak mampu lukis benda sesimple tu.
.
So, jom bersyukur okay?
Bersyukur ada parent yang sayang kita, bersusah payah demi kita, berkorban untuk kita meski dia tak pernah pamer kasih sayangnya pada kita.
Bersyukur masih ada sahabat di kala senang meski sangat sedikit yang berada di samping kita semasa susah.

Just, be grateful, for who you are.

Monday 21 November 2016

Bahtera Merdeka


Aku ingat lagi, kali pertama aku menyanyi di atas pentas ialah masa aku darjah 4, 2007.
Time tu ada pertandingan menyanyikan lagu patrotik. Time tu rehearsal peserta2 yang mendaftar untuk pertandingan tu. Semua pelajar lain tengok, dan antaranya ialah aku.
Sampailah ada giliran peserta ni, ramai bersorak untuk dia. Suara dia merdu sangat, siap ada 4 orang di belakang(acah2 back dancer) melenggang-lenggok kibar bendera Jalur Gemilang. Tengok sambutan yang dia dapat tu buat aku tetiba teringin pulak nak nyanyi atas pentas tu. Aku ajak sorang kawan aku yang selalu nyanyi lagu Mirae dengan aku tiap2 pagi, pergi daftr nama, Farah Hanim nama dia, anak cikgu BM hehe. Tapi sebab daftar last minute tak sempatlah nak rehearsal, nanri terus nyanyi je masa hari pertandingan.

Balik rumah, beria aku hafal lirik Bahtera Merdeka tu. Aku jenis malu depan mak ayah. Aku akan menyanyi bila mak ayah aku tak ada dekat rumah. Time tu hahahh tak taulah berapa buah rumah boleh dengar suara aku, sebab suara aku memang kuat😂

Hari yang dinanti telah tiba. Gemuruh tu tuhan je tahu. Alhamdulillah aku menyanyi dengan lancar, siap nak runtuh dewan tu sebab kuat sangat aku nyanyi hahah. Yang spoil tu kawan aku, sebab dia memang total opposite dari aku. Aku tak tahu dia nyanyi ke berbisik hahah, but still bersyukur sebab dia sudi teman aku atas pentas menyanyi dengan aku hahahh. Orang kata aku ada harapan nak dapat no.3 kalau kawan aku tu nyanyi kuat2. Hahahahh

Then, masa darjah 5, aku gerak solo.(cewahhh hahah)
Aku nyanyi lagu bahtera merdeka jugak . Aku tak ingat aku orang first ke second. Yang lawaknya, masa aku tengah nyanyi tu tetiba ada budak darjah 1 naik atas stage bagi bendera Jalur Gemilang dekat aku. Aku pun sengih jelah, takkan nak peluk cium pulak dok? 
Alhamdulillah, rezeki aku dapat no.1 hahahhh. 
Masa darjah 6 pun masuk lagi, tapi masuk lagu raya pulak hahah. Berduet dengan sorang member kelas lain, nama Adib. Kitorang nyanyi lagu seloka hari raya. Yang lawaknya si Adib ni punyalah tak hafal lirik, dia pergi membontoti penonon sebab nak baca lirik kat skrin belakang kitorang😂 
Alhamdulillah, no.1 lagi.

And now(dah dua tahun berlalu hahah, 2014) aku ulang balik detik bersejarah nyanyi lagu Bahter Merdeka ni. Kali ni bukan berdua, bukan solo, tapi berlima😂😂😂

Menunggu giliran pffft



debaran kian terasa.
haha. 
cuak ah, kami wakil perempuan form 5 untuk pertandingan nyanyi lagu patriotik.




Memang cuaklah sebab dekat mrsm ni orang anti sikit perempuan nyanyi depan lelaki. Ni zaman jahiliyah aku lah haha. 
Alhamdulillah, no.1 lagi hasil gandingan suara2 tak merdu tapi taklah sumbang mana ni hahahah. 



Nah aku kasi lirik. Manalah tau kot2 nyanyi lagu ni dapat no.1 jugak macam aku😂

Bunda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putera puteri sayang x2
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah semenanjung x2
Permata nilam

Chorus: Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putera puteri datang sujud bakti
Untuk menunaikan x2
Sumpah dan janji

(Ulang Chorus)


Kalau salah nasiblah. Aku tulis ikut apa yang ingat je hahah.

Syok Sendiri

Baru lepas tengok satu Kdrama, bertajuk 'Weighlifting KimBokJoo' kot.
Dalam drama tu ada lah satu scene tu dimana ada seorang lelaki offer nak tolong angkatkan barang untuk dia since barang tu berat and dia seorang perempuan. Dia terharu bila lelaki tu cakap dia 'yeoja' means lady/woman sebab dia ialah seorang atlet wanita dalam sukan angkat berat dan jarang sekali di mata lelaki melihat dia sebagai seorang perempuan. Then dia pun ada crush dekat lelaki tu.

But then after dia find out yang lelaki tu seorang doktor, dia sedikit frust lah since doctor kebiasaannya memang polite dan ada manner, handsome pulak tu.

Alkisah sama keslah dengan aku. Asal pergi berurusan dengan mana2 orang lelaki, asal dia baik sikit je ingat dia suka. Padahal itu memang sepatutnya etika bekerja, mesra dan bersopan santun dengan customer😂.

Tapi tak apalah, seronok jugak SS dengan orang dekat kaunter. Dah alang2 memang tak ada yang sudi dekat badak pink ni.

Getah Rambut

Suddenly teringat masa aku umur dalam 5 tahun,maybe?

Aku dulu duduk KL. Mak aku bukak pusat asuhan kanak-kanak. So memang penuhlah rumah tu dengan budak2 dari sekecik-kecik baby sampailah budak sekolah menengah. Ada sampai satu family tu kakak,abang adik semua duduk diasuh kat rumah aku.

Yang aku nak cerita ni ialah satu insiden yang bagi aku agak lawak dan sedih lah hahah. Aku ada kawan dengan sorang ni, aku tak ingat nama dia Munirah ke Amirah. Satu hari tu dia datang pakai getah rambut ada bola2 fluffy tergantung dekat getah tu. Sebab aku rasa cantik, aku mintaklah dari dia, nak pakai. And dia pun bagilah.

Lepas tu, time dia mintak balik, aku tak bagi. Bersungguh dia mintak tapi aku still tak bagi. Last2 dia mengadu dekat mak aku. Mak aku suruh bagi. Aku geram sangat, aku cabut bola2 fluffy tu and baru bagi dekat dia. Lagi meraunglah si Amirah tu hahaa.

Mesti sakit hati,kan? Jangan risau. Lepas tu teruk aku kena belasah dengan ayah aku hahah (read: pukul) Aku kena tarik telinga, cubit dekat perut lah gitulah. Tapi takdelah pukul depan budak2 lain. Just dalam bilik lah. Aku pun menangislah merayu mintak maaf janji tak buat lagi haha. Penat sangat menangis, aku pun tertidurlah sampai petang.

Petang tu elok aku keluar main dengan Amirah and kawan2 balik. Dah lupa dah insiden getah rambut tu haha.
Untung jadi budak2 dulu. Mudah memaafkan acewah. Ntah2 si Amirah tu dah lama tengah cari aku nak balas dendam hahah.

Sunday 20 November 2016

Forgive and forget

Baca entri2 blog masa aku sekolah menengah dulu. Ya Allah comelnya pemikiran aku, optimis gila dengan semangat ke'batch'an yang kuat.

Aku tak tahu ke mana 'that side of me' tu hilang.

Mungkin sebab bila masuk u, masing2 dah kena pandai bawak haluan masing2. Kalau salah sekali je orang tegur, lepas tu tak dah. Kalau kat sekolah dulu, dari roomate,classmate,senior semua masuk campur kalau buat salah. Lagi parah bila warden join hahah.

Lately semangat aku macam dah hilang. Dahsyat betul penangan result jatuh ni. Buat aku murung berminggu.

Aku bukanlah pandai sangat. Cuma kebetulan dalam family belah mak aku, aku ni macam anak/cucu harapan/kebanggaan la. Dulu aku ingatkan cukup dengan jdi pandai, orang akan hormat kita. Tak jugak rupanya. Budi pekerti tu lebih penting.

Aku tak tahu macam mana nak betulkan kesilapan yang aku dah timbulkan ni. Diri aku yang sekarang ni bukan macam yang aku impikan. Aku taknak dilabel orang berlagak sombong. Tapi aku rasa tak mudah untuk restart balik since ramai yang dah terbiasa tengok perangai aku yang sekarang.

Kadang tu bukan apa, cuma ada waktu yang aku tak pakai appopriate attire, or muka aku time tu huduh sangat sampai aku segan nak berjumpa dengan orang. Bukan aku taknak berbaik dengan orang, cuma . . Aku rimas bila orang buat sesuatu yang aku tak suka tapi aku cuma mampu senyum sebab nak jaga adab.

Macam masa aku first time ada anak kucing dulu. Ada lah sorang makcik cat lover ni, langkah kanan betul. Datang rumah aku and ternampak lah anak2 kucing aku yang comel dan gebu tu. Time ni aku sopan lagi dengan makcik2 jiran aku ni. Dia tak habis2 mintak anak kucing aku yang oren tu even banyak kali aku dah tolak. Sampai esok tu datang lagi, mintak lagi.
Aku tak tahan sangat, aku buat muka lepas tu blah. Mak aku jeling aku, pastu kata ' Maisarah ,hang tak dengaq ni makcik Meloq cakap dengan hang?' aku mendengus je pastu pergi ruang tamu depan tunjuk isyarat dekat mak aku yang aku taknak bagi anak kucing tu dekat dia.

Last2, pasrah kena bagi jugak sebab aku dah nak kena balik u, siapa yang nak jaga anak kucing sampai 4ekor? (Time tu mak aku tak sayang lagi dekat kucing) aku pun dengan muka tak rela pegi la bagi dua ekor. Dia pilih yang lawa pulak tu. Benci aku.
Balik tu menangis tak sudah aku.

Dua minggu kot aku ada kat u, aku dapat mesej yang kucing aku yang makcik Melur tu jaga mati, sebab kena penyakit wabak time tu. Kucing kat rumah aku pun terjejas jugak tapi alhamdulillah survive. Aku menangis meraung kat bilik lepas balik dari kelas and start dari tu aku benci gila dekat makcik tu. Aku tahu hidup mati ni semua kuasa Allah cuma masa tu aku tak boleh terima sebab aku tak rela lagi serahkan kucing tu dekat dia.
Tapi alhamdulillah sekarang aku dah move on. Cuma aku tak pernah jumpa dah la makcik tu. Aku dah maafkan dah, cuma aku taktaulah betul ke tak rasa marah tu dah hilang kr belum since dah lama tak jumpa kan.

Aku pun sedar, penat sebenarnya marah dekat orang ni. Yang sakit tu kita, yang merana tu kita, yang menangis tu kita.
So memaafkan tu satu option yang terbaik, meski melupakan tu suatu benda yang sukar.


Forgive, and forget.
Hmmm. Mungkin ni kot reason aku murung lately.

Oh aku memang macam ni. Tulis tak ada tajuk. Merewang lebih.

Luahan Terpendam

Hai. Wowww, dah lama aku tinggalkan blog ni. Malas gila nak bukak.

Hummmm, aku datang sini balik sebab aku tengah gloomy ni. Start awal Disember ni aku akan masuk semester 4 bagi pengajian diploma aku dalam kursus Seni Halus. Baru-baru ni aku dapat result untuk semester 3 aku and know what? Aku jatuh teruk.

Sebelum ni aku dekan masa semester 1 dan 2, dengan pointer 3.69 dan 3.76. Tapi, dah memang bukan rezeki aku, sem ni pointer aku menurun, 3.38.

Aku tahu result aku akan jatuh, since banyak sangat benda yang terjadi sem ni. Tapi boleh kata teruk jugak ni. Aku frust sangat, tapi tak boleh lama2 since memang salah aku jugak sebab tk usaha betul2.

Yang buat ak sedih sangat harini ialah sebab mak aku. Mak aku tanya dah dapat ke belum result. Lama aku fikir, nak bohong ke tak. Last2 aku pun bagitaulah jugak result aku, sebab rasa bersalah. Actually cgpa aku okay, 3.60 tapi rasa macam tak adil lah pulak bagitau yang tu. Bila bagitau mak aku, dia tanya, 'Kenapa boleh jatuh teruk?'

And i was like, mak, anak mak ni belum pulih lagi rasa kecewa dia tak boleh ke mak bagi kata2 semangat, cakap 'tak apa, janji dah buat yang terbaik' yang ni pun cukuplah. Aku malu bila bagitau certain classmate aku yang aku tak dekan sem ni.

And yang lagi sedih, mak aku lepas tu kaitkan result aku yang jatuh ni dengan semua kesalahan2 yang aku pernah buat. Aku mengaku aku salah, tapi banyak lagi faktor lain yang menjadi penyebab jatuhnya result aku.

Sculpture aku tak ada final work, sebab mould bocor jadi aluminium tumpah. Menggelabah aku masa tu sebab aku je yang bocor orang lain tak. Bila aku request nak buat baru lecturer kata tak payah, sebab taknak membazir and tak cukup masa. Dua jam aku menangis kat tandas fakulti tu tak keluar2. Maka aku dapat B+ untuk subjek tu.

Printmaking, aku selalu melembab bila buat kerja. Plus, cara aku etching bermasalah, ink taknak lekat so hasil print banyak yang kabur. Aku sengaja pilih subject matter bunga kertas sebab tu bunga favourite mak aku. Tengok2, banyak pulak masalah timbul. Aku tahu nampak macam aku sengaja cari excuses. A'ah memang pun. Sebab aku tak tahu nak blame siapa lagi kalau bukan diri aku.

Dulu, masa aku mula2 masuk mrsm, aku ada lah buat hal sikit masa form1 tu sampai ramai yang anti aku time tu. Tiap2 malam aku mengadu dekat ayah mak aku. Sampailah ada sekali tu satu tahap yang aku dah tak tahan sangat sampai aku termenangis dekat public phone tu kata nak balik. Mak aku risau gila, lepas tu ayah aku marah aku, cakap kalau dah masalah sangat berhenti je sekolah situ.
Start dari tu, aku dah tak cerita apa2 dah kat ayah aku. Aku cerita kat mak aku je apa2. Sebab aku kecik hati dengan ayah aku.

Pastu, ada pernah aku cerita kat mak aku yang ada certain2 orang ni taknak kawan dengan aku entah ku pun tak ingat. Lepas tu kalau aku ada buat benda salah sikit, mesti mak aku akan cakap , 'patutlah tak ada orang nak kawan.'
Lepas tu apa2 benda jadi aku langsung dah tak cerita dah dekat mak ayah aku.

So sekarang aku dalam depression bila aku ada buat sesuatu and aku kena marah, aku langsung tak boleh explain reason disebalik semua tu. And sekarang ni makin melampau-lampau aku nak rebel, sebab aku tak dapat cerita langsung salah aku.

Mak aku selalu marah kata aku tak beradab dengan jiran2 dia. Sebenarnya aku tak beradab bukanlah sebab aku memang tak ada adab, tapi aku jadi macam tu sebab bengang bila mak aku tak habis2 bising pasal adab tu. Bukan aku tak senyum, bukannya aku tak salam. Mak aku tu kalau boleh nak aku duduk sebelah bersembang ketawa dengan orang sampai tak ingat dunia. Bila mak aku ni aku tengok macam dah demand sangat, terus aku jadi geram and buat tak tahu bila orang ada. Aku bukannya tak rasa bersalah, cuma ego aku tu.. aku tak boleh nak kawal. Cuma kalau mak aku tak ada, aku layan baiklah. Bila mak aku ada je aku macam kaku, nak senyum pun rasa kekok sebab dah biasa membisu bila orang datang.
  Actually aku rasa aku ni normal je, sebab kalau tengok majoriti memang ramai yang jenis senyap dengan orang tua. Segelintir je yang pandai bersembang. Tapi mak aku buat aku macam buat dosa besar tak bercakap dengan orang. Dari rasa nak try beramah terus tak jadi.

Lepas tu, bab Korea. Aku mengaku lah dulu masa lepas spm tu aku ke arah lagha sikit, dengan kpop nih. Maklumlah baru kenal. Pastu start tetiba Malaysia kecoh dengan kes B1A4 peluk anak dara melayu tu, terus mak aku prejudis dengan kpop. Even aku nak tengok kdrama kat 8tv sambil lipat baju pun dikatanya, 'alahhh tak payah nak sibuk sangatlah dengan korea tu, bukan boleh bawak ke akhirat tengok benda tu' and i was like, mak dulu bukan main marathon Winter Sonata dengan maklang aku masa kecik. Time aku saja ubah channel tengok musicbank sebab dah tak da cerita best nak tengok, time tu boleh pulak dia cakap, 'best jugak noh tengok orang korea ni menyanyi, muka dok lawa jaa' huh bolehlah ayat manis dah ada adik beradik sepupu-sepapat yang lain. Cuba kalau aku tengok sorang, seharian kena maki.

Aku tahu aku bukan anak yang baik, jauh sekali perkataan solehah tu. Aku kadang2 selalu jugak nak offer tolong buat kerja rumah. Tapi once aku buat, mesti dia akan berderet-deret suruh aku buat yang lain pulak. Kalau aku sapu luar rumah, pastu dia akan tambah okay lepas ni cabut rumput, lepas tu mop dapur lepas tu sidai baju. Aku terus hilang mood nak buat. Sebab tu lepas tu aku nak buat apa aku akan buat senyap2, masa mak aku tidur ke apa ke sebab aku malas nak buat banyak benda serentak. Tapi tulah, dah buat senyap2 kena maki pulak katanya tak buat kerja. Tapi, sebenarnya, bukan kerap mana pun pun aku buat kerja senyap2 tu heheh. Memang layaklah kena marah.

Aku tiap2 malam menangis(tipulah tiap2 malam, adalah skali sekala), kenapalah aku jadi macam ni. Ada je nak sakitkan hati mak aku. Bukan aku tak tahu kadang tu bila dia marah bergetar suara dia tahan air mata. Aku pun menangis juga, sebab rasa bersalah. Tapi mampu pendam jelah, nak mintak maaf rasa malu. Tiap2 malam berdoa, berazam nak jadi anak yang baik esoknya. Tengok2, bangun2 dah buat mak marah dah.  Aku luah kat sini sebab aku dah lama pendam. Nak cerita kat orang rasanya ofcourse aku yang kena balik sebab memang salah aku. Nak tulis kat diari kang ayah aku jumpa dia baca pastu heboh satu rumah. Aku dah serik nak ada diari, sebab ayah aku mampu jumpa walau kat mana pun aku sorok. Fuhh parah. Oklah, itu je.
Kalau ada yang terbaca entri ni, mohon doakan aku jadi anak yang baik and mak aku lebih memahami. Janganlah pulak terbawa2 emosi sampai nak cari aku nak ketuk kepala aku pulak.
Aku pun manusia biasa jugak.
Tak puas hati atas benda bodoh2 ni, memang favourite aku.