Tuesday 13 January 2015

MAMAT KOREA vs. GADIS MELAYU. Siapa yang salah?

oh god. seriously rindu nak menulis lagi!!!



okay.. hmm.. nak share pasal apa ya? ha. pasal isu yang tengah jadi viral kat facebook lah.
isu mamat korea peluk gadis melayu. oopps. tak
isu mamat korea yang memeluk gadis melayu setelah meminta izin dan si gadis itu mengizinkan. haaaaaa... baru betul.


bila ada orang share je video tu, aku memang cukup teruja nak baca ruangan komen.bukan apa.. kat situ la kita boleh tengok tahap mentaliti masyarakat kita.sebanyak mana yang prihatin.. tu belum baca komen kpop haters lagi. HATERS GONNA HATE HATE HATE! chewah... haha.
manusia, macam macam ragamnya.

ada yang salahkan mamat korea tu. ada yang salahkan gadis melayu. ada jugak yang salahkan penganjur, sebab pergi taja retis korea datang Malaysia. Hmm.. begitulah , sampai tak ke sudah. Kita semua asyik menuding jari, blaming others.

Aku pun layan jugak korea nih. Bila jadi isu nih.., pedih telinga aku ni. Parent aku asyik sebut sebut isu ni, macam aku yang buat. Haih. Takpela. Lama nanti diam la tu. Cuma aku nak ajak bincang sikit.

Kalau dari sudut pandangan aku version kekampungan sikit.. aku akan salahkan mamat korea tu. Sebab tak jaga adab, dah tahu Malaysia ni agama rasminya Islam berani dia je peluk anak dara orang. Perempuan ni biasalah, once jumpa mamat hensem cair meleleh la, nak buat apanya?

tapi kalau segi open minded sikit (sikit je, tak banyak), rasa macam perempuan tu yang salah. sebab sapa suruh dia izinkan? mamat tu dah tanya dah. perghh angguk sedap je dia , setuju. maklum la.. ada abs katanya.

dari segi yang eksttttrimis.. marahkan mak bapak. sebab benarkan anak anak pergi konsert gitu, tak didik anak anak dengan ilmu agama yang cukup.

penganjur pun salah jugak, tak halang maksiat yang berlaku atas pentas.., kan dah jadi isu?


ahh sudahh. apasal aku pulak yang blame orang nih? lame you. >:(

tapi, kalau aku berfikir dari sudut agama aku, dari sudut akal bijak aku ( hasil baca buku tarbiah sebuah dua lahkatakan..) aku rasa kasihan. Orang tak habis habis sebarkan video tu, dengan erti kata lain buka aib orang.(walaupun ye memang kat berita pun dah masuk.) dah dah la. Bila aku baca status dan komen negatif terhadap isu ni...., aku rasa sentap(bukan sebab aku antara gadis yang naik atas pentas tu okey?). Rasa macam.. cukup sempurna ke kita nak cakap buruk pasal orang? Aku sebenarnya rasa serba salah nak buat entry ni, tapi takpe  la. dah tulis panjang macam ni takkan tak post pulak kan? Kalau ikut konsep buku buku islamik yang aku baca la.., orang yang buat dosa ni kita tak boleh bushhh letak kesalahan atas bahu dia.

manusia datang dari pelbagai background yang berbeza. ada orang yang mungkin pakai tudung, tapi surrounding life dia kata pegang tangan is no big deal. Ada orang tak pakai tudung, tapi solat lima waktu penuh. Jadiiii.. itulah.

Penyebaran gambar gambar atau video pasal isu ni sepatutnya dihentikan mulai sekarang. Cukup cukup lah hati si ibu gadis gadis tu hiba. jangan la buat mereka menangis lagi. Mengata, marah, mencela, mengeluh pun tak guna. Bukan sampai pun kat budak budak tu. Doakan mereka. Jangan lupa doakan kita jugak, sebab kita tak tahu mungkin satu hari nanti kita juga diduga perkara yang sama. Entah entah kita nanti lagi teruk daripada mereka. Manalah tahu kalau gadis gadis tu bertaubat dan lepas ni apa yang diorang doakan lagi makbul daripada kita? hummm? Stop okay?

and lagi satu nak kongsi. ada berlainan cara teguran dalam nak menasihati seseorang(khusus bab agama ye?)

kalau la orang yang membuat dosa(contoh tak solat) itu family backgroundnya ialah orang yang memang tak solat.. nasihatilah dia dengan lemah lembut. ikut sunnah nabi kan? air pun dapat lekukkan batu :)

tapi kalau orang yang buat dosa tu memang family dia jenis yang baik dan dia tahu tak solat itu berdosa dan dia tinggalkan solat dengan sengaja maka boleh ditegur secara keras sekiranya teguran secara lembut tidak berjaya.

apa yang penting? JANGAN SEBARKAN LAGI FOTO ATAU VIDEO PASAL ISU KOREA NI, tak larat nak tengok benda yang sama  :/


akhir kata, habislah. ye?

mintak maaf atas segala kekurangan kegramatisan ayat. maklum la cuti lama...

sekadar pendapat untuk dikongsi bersama, jangan jadi viral udah..