Monday 16 February 2015

alasan

Anak mana yang taknak ibu bapanya bahagia. Begitulah juga aku. Aku teringin sangat nak jadi penyebab mereka tersenyum tiap tiap hari. Tapi tak sangka.. cuti yng dah hampir 3 bulan ni hanya membuatkan mereka lebih kecewa dengan aku. Aku akui.. pada bulan yang pertama tu memang aku cuma ingat nak qada balik semua tidur aku yang selama ni tak dapat aku lunaskan masa kat asrama dulu. Tapi tak sangka benda tu dah jadi habit. Start bulan 2 ni.. mak aku dah mula strict. Tak bagi aku tidur lepas subuh. And wajib mandi awal pagi. Aku dah start terbiasa balik dah. Aku tak tahan bila mak ayah aku asyik tanya pasal belajar. Aku memang seriously tak tahu. Aku tak apply untuk spc. Jadi memang takdelah fast track ke apa ke. Aku tahu aku ni selalu cipta alasan. Tapi tu bukan bermaksud aku ambil ringan pasal benda ni. Aku cuma memang tak tahu step dia. Masih samar samar. Aku tak ada kakak nak guide aku. Mak ayah aku lagilah tak tahu. Aku pulak ngan asyik confusenya lagi. Ayah aku marah ku sebab tak rapat ngan kaunselor. Nak buat macamana. Semua aktiviti ceramah.. pendedahan ke universiti cakap pasal engineering. Memang aku nak pasang telinga pun. Aku tak berani nk jumpa kaunselor. Sebab diorang selalu cakap mrsm nak lahirkan individu yang hebat. Saintis, doktor, engineer. Kalau setakat nak jadi cikgu ustazah baik mengaji sekolah pondok. Aku tak berani tanya.. takut kalau cita cita aku nanti diperlekehkan. Ahh aku memang banyak alasan! Ada saja alasan untuk aku mengelak dari buat sesuatu. Haih. Dada aku sesak. Sakit. Banyaknya dosa aku sampai tak dapat nikmat ketenangan tu.

Saturday 14 February 2015

hangat hangat tahi ayam

Haha. Ni kisah 2 bulan yang lepas kot. Masa aku dah rasa macam totally give up dalam cabang seni. Hahah. Satu petang.. sepupu aku datang. Kami bersembang pasal course yang akan kami pilih semasa melanjutkan pelajaran di universiti nanti. Aku cakaplah yang maybe aku akan pursue dalam bidang seni. Makteh aku cakap nak masuk akademi Saiful Nang ke? Aku dah try baca dah pasal tu. Akademi insan prihatin apa tah. Bagus tapi.. kenapa aku rasa macam tu satu charity club eh? Takpelah pasal tu. Kedatangan sepupu aku tu buat aku rasa excited nak buat komik lepas dia kenalkan aku dengan satu blog ni. Aku dah lupa dah nama blog tu tapi komik blogger tu buat simple je. Lawak dia tu cuma orang pandai je boleh gelak haha. Takdelah. So malam tu semangat sungguh aku lukis cover untuk komik aku. Haha. Tup tup rupanya aku ni kekeringan idea dalam bab buat komik lawak bodoh. Aku cubalah ambik karakter dari classmate aku. Kot kotlah boleh la jugak melukis sambil mengimbau kenangan. Huh. Tak boleh jugak. Last last terbengkalai macam ni. Hot hot chicken poo.

mengada

Honestly. Im quite pissed off right now. Of myself. Urghhh kenapalahh tak boleh tahan dengan dugaan sikit ciput ni?!! haishh. Aku memang kena forever walk alone lah..  Tak boleh selalu ada kawan. Nanti karang sekali kena tinggal menangis tak berlagu. Aku tak tahu. Aku yang dah berubah ke atau orang lin? :'(  Aku rasa lonely sangat. Dahlah aku ni jenis low self esteem. Memang takkan jadi orang yang buat first move lah. Haih. Aku dah trauma bebenor whatssup group. Memang lah. Kalau orang baca entry ku ni memang orang akan kata aku mengada. A'ah. Baru tahu je?

Friday 13 February 2015

DUMBfounded.

Aku masa cuti ni tiba tiba jadi gila kpop kejap. Nak buat macamana. Aku terbukak youtube pastu tertarik nak click 'weekly idol bts eng sub', aku pun layanlah. Tak tahulah pulak kata group bangtan boys ni boleh jadi my source of happiness. Aku duduk kat rumah bukan boleh gelak. Aku ni ada personality disorder. Banyak watak so jangan mudah percaya kalau ada orang kata dia betul betul kenal aku luar dalam. Kat rumah aku lain. Aku jadi heartless. Tiap tiap malam yang buat aku gelak bila layan kerenah ahli bts nih. Lawak betul. Aku jadi addicted dalam nak dekat sebulanlah jugak. And tak habis habis promote kat bestfriend aku. Tak sangka pulak tak dapat sambutan. Aku try kat kawan kawan aku yang lain pun sama. Sedih aku. Nasib baik ada roomate sehidup semati aku tu satu kepala dengan aku. Terubatlah jugak luka ni. Tak sangka kes b1a4 peluk anak dara melayu tu bagi impak yang sangat besar kat kawan kawan aku. Sampai tak terbukak langsung pintu hati nak layan bts ngan aku. Last last aku rasa macam aku membodoh sorang sorang. Aku rasa macam tahap mentaliti aku rendah gila nk dibanding kawan kawan aku.  So sejak beberapa hari yang lepas aku dah stop layan. Semua profile picture yang aku letak gambar jungkook mknae bts aku dah ganti letak gambar aku. Lagipun siapa suka letak gambar orang lain? susah nak cari. And sekarang aku dah berubah angin layan kartun zaman kanak kanak aku. Aku rasa yang tu lagi better sikit kot. Tak gitu? Hahah. 😒

attention seeker jadi coldhearted guy meh

If only whatsapp ada butang like. Barulah aku dapat tahu orang baca ke tak post aku. Haishh. Memang lah ada notis 'read by' . Tapi betul ke orang ambik tahu? 😞 ohh kenapalah aku rasa down sangat nih?

hah. Aku si attention seekers. Tak boleh rasa terpinggir langsung. Sikit sikit sentap. Hah macam manalah nak hidup dekat universiti nanti? Aku kadang tak tahu. Dilema. Selalu fikir cara terbaik untuk hadapi benda ni. Perlu ke aku ambik tahu semua tu. Atau aku memang perlu ambik tahu dan perlu cari cara macamana orang nak realise existence aku? huh. Lawaknya. Aku dah buat blog ni macam diary aku. Biarlah. Bukan ada orang bca. Heh. Oh gosh tetiba aku rasa cool calau jadi coldhearted guy. Nak trylah. Bye kawan. No more me.

Sunday 1 February 2015

Takut :'(

ohh seriously.. time aku type untuk entry ni i am crying . 😭😭😭😭 feels like life had been so unfair to me. okay tipu.

Aku cemburu tengok kawan kawan lain ada yang dah pergi universiti. Pakai fast track. Tapi aku tak dapat bukanlah sebab aku tak layak sangat ke apa. Sebab memang dah aku tak apply. Nak buat macamana, takda course yang aku minat?

Aku suka sangat melukis waktu kecik dulu. Aku pernah kena pukul dengan mak aku sebab beli buku cerita mermaid bukan nak baca, nak mewarna je lebih. Semua cover buku cerita aku penuh dengan lukisan aku. Aku pernah kena tinggal dengan bas masa tadika sebab asyik sangat melukis kat whiteboard. Nasib baik ada teacher Menon yang hantarkan aku balik rumah.

Masa aku darjah satu, aku selalu dapat A+++ dalam subjek seni. Aku suka bila orang puji aku pandai melukis. Buku latihan aku selalu tinggal nipis sebab aku koyak bahagian tengah untuk melukis. Masa darjah tiga, prestasi aku dalam pelajaran agak menurun. Masa hari perjumpaan guru dengan ibu bapa, cikgu kelas aku adukan dekat ayah aku yang aku lukis muka ustazah masa kelas agama islam. Nak buat macam mana.. tu ustazah favourite aku. Aku lukis muka dia, dengan harapan dia akan suka and puji aku. Esoknya aku pergi kelas.. remuk hati aku bila tengok lukisan tu masih atas meja guru. Ustazah tak ambik pun.

Naik tingkatan 1, aku dapat MRSM. Alhamdulillah. Kat sini pun ada subjek seni. Masa form 1, biasalah kalau cikgu masuk.. mulalah sesi taaruf. Tanya nama, asal mana, cita cita nak jadi apa. Ramai kawan kawan aku nak jadi doktor. Bila time aku, time aku mention cita cita aku nak jadi pelukis, terus berubah muka cikgu yang bertanya. Banyak cikgu yang pandang rendah pada aku. Sebab ada cita cita tu. Tapi aku tak terkejut pun, sebab mak ayah aku pun berpendapat sama.

Aku selalu sentap, bila orang kata kalau cita cita setakat nak jadi cikgu.. polis.. tak payah datang mrsm, sekolah biasa pun dah cukup. tu tahap cikgu, kalau aku yang bercita cita nak jadi pelukis ni? lagi lah. orang selalu kata kalau suka sangat seni tupergilah sekolah art, kenapa datang sekolah sains?! Manalah aku tahu.. Kan biasanya orang akan pandang tinggi kalau dapat belajar kat mrsm. Sekolah seni kan biasanya swasta, aku mana ada duit. Lagipun aku budak kampung, manalah terdedah sangat pakai benda  benda seni. Aku sampai sekarang pun tak dapat merasa lagi cat pakai akrilik. Sedih kan?


Tapi alhamdulilllah..sekarang ni aku dah habis form five dah pun,  tinggal berapa minggu je lagi result nak keluar. Aku ambil subjek tambahan seni dan alhamdulillah aku pelajar terbaik seni untuk 2013 dan 2014. Sedikit sebanyak aku rasa seronok sebab aku rasa macam bakat aku dah diiktiraf. :)  tapi..


nak dekat spm haritu.., baru aku sedar yang aku taklah hebat pun. kat luar sana ramai lagi yang lagi hebat. Tak jauh pun, sekolah kat sebelah maktab tu ha. Pakar potret. aku follow insta dia. @hazimi_arts. Ada lagi sorang budak taiping. Stylo gila dia lukis. and sekarang dia sibuk belajar buat 3D guna komputer. Bila aku tengok orang macam ni, aku sumpah rasa takut. Rasa kerdil. Tu baru dua orang aku jumpa, kat universiti nanti macamana? Layakkah aku nak lanjutkan pelajaran aku nanti dengan skil yang tak seberapa ni? Dahlah aku tak mampu nak beli kelengkapan seni yang mahal mahal. :'(   Aku memang pasrah sekarang, cuma yang aku boleh buat sekarang ni asah lagi skill, supaya tak karat.


ARghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!



Tuesday 13 January 2015

MAMAT KOREA vs. GADIS MELAYU. Siapa yang salah?

oh god. seriously rindu nak menulis lagi!!!



okay.. hmm.. nak share pasal apa ya? ha. pasal isu yang tengah jadi viral kat facebook lah.
isu mamat korea peluk gadis melayu. oopps. tak
isu mamat korea yang memeluk gadis melayu setelah meminta izin dan si gadis itu mengizinkan. haaaaaa... baru betul.


bila ada orang share je video tu, aku memang cukup teruja nak baca ruangan komen.bukan apa.. kat situ la kita boleh tengok tahap mentaliti masyarakat kita.sebanyak mana yang prihatin.. tu belum baca komen kpop haters lagi. HATERS GONNA HATE HATE HATE! chewah... haha.
manusia, macam macam ragamnya.

ada yang salahkan mamat korea tu. ada yang salahkan gadis melayu. ada jugak yang salahkan penganjur, sebab pergi taja retis korea datang Malaysia. Hmm.. begitulah , sampai tak ke sudah. Kita semua asyik menuding jari, blaming others.

Aku pun layan jugak korea nih. Bila jadi isu nih.., pedih telinga aku ni. Parent aku asyik sebut sebut isu ni, macam aku yang buat. Haih. Takpela. Lama nanti diam la tu. Cuma aku nak ajak bincang sikit.

Kalau dari sudut pandangan aku version kekampungan sikit.. aku akan salahkan mamat korea tu. Sebab tak jaga adab, dah tahu Malaysia ni agama rasminya Islam berani dia je peluk anak dara orang. Perempuan ni biasalah, once jumpa mamat hensem cair meleleh la, nak buat apanya?

tapi kalau segi open minded sikit (sikit je, tak banyak), rasa macam perempuan tu yang salah. sebab sapa suruh dia izinkan? mamat tu dah tanya dah. perghh angguk sedap je dia , setuju. maklum la.. ada abs katanya.

dari segi yang eksttttrimis.. marahkan mak bapak. sebab benarkan anak anak pergi konsert gitu, tak didik anak anak dengan ilmu agama yang cukup.

penganjur pun salah jugak, tak halang maksiat yang berlaku atas pentas.., kan dah jadi isu?


ahh sudahh. apasal aku pulak yang blame orang nih? lame you. >:(

tapi, kalau aku berfikir dari sudut agama aku, dari sudut akal bijak aku ( hasil baca buku tarbiah sebuah dua lahkatakan..) aku rasa kasihan. Orang tak habis habis sebarkan video tu, dengan erti kata lain buka aib orang.(walaupun ye memang kat berita pun dah masuk.) dah dah la. Bila aku baca status dan komen negatif terhadap isu ni...., aku rasa sentap(bukan sebab aku antara gadis yang naik atas pentas tu okey?). Rasa macam.. cukup sempurna ke kita nak cakap buruk pasal orang? Aku sebenarnya rasa serba salah nak buat entry ni, tapi takpe  la. dah tulis panjang macam ni takkan tak post pulak kan? Kalau ikut konsep buku buku islamik yang aku baca la.., orang yang buat dosa ni kita tak boleh bushhh letak kesalahan atas bahu dia.

manusia datang dari pelbagai background yang berbeza. ada orang yang mungkin pakai tudung, tapi surrounding life dia kata pegang tangan is no big deal. Ada orang tak pakai tudung, tapi solat lima waktu penuh. Jadiiii.. itulah.

Penyebaran gambar gambar atau video pasal isu ni sepatutnya dihentikan mulai sekarang. Cukup cukup lah hati si ibu gadis gadis tu hiba. jangan la buat mereka menangis lagi. Mengata, marah, mencela, mengeluh pun tak guna. Bukan sampai pun kat budak budak tu. Doakan mereka. Jangan lupa doakan kita jugak, sebab kita tak tahu mungkin satu hari nanti kita juga diduga perkara yang sama. Entah entah kita nanti lagi teruk daripada mereka. Manalah tahu kalau gadis gadis tu bertaubat dan lepas ni apa yang diorang doakan lagi makbul daripada kita? hummm? Stop okay?

and lagi satu nak kongsi. ada berlainan cara teguran dalam nak menasihati seseorang(khusus bab agama ye?)

kalau la orang yang membuat dosa(contoh tak solat) itu family backgroundnya ialah orang yang memang tak solat.. nasihatilah dia dengan lemah lembut. ikut sunnah nabi kan? air pun dapat lekukkan batu :)

tapi kalau orang yang buat dosa tu memang family dia jenis yang baik dan dia tahu tak solat itu berdosa dan dia tinggalkan solat dengan sengaja maka boleh ditegur secara keras sekiranya teguran secara lembut tidak berjaya.

apa yang penting? JANGAN SEBARKAN LAGI FOTO ATAU VIDEO PASAL ISU KOREA NI, tak larat nak tengok benda yang sama  :/


akhir kata, habislah. ye?

mintak maaf atas segala kekurangan kegramatisan ayat. maklum la cuti lama...

sekadar pendapat untuk dikongsi bersama, jangan jadi viral udah..