Thursday 1 December 2016

Bersyukurlah

Tadi bersembang dengan adik aku, setelah sekian lama tak ada bonding time macam tu(lol sambil bersihkan ikan bilis pulak tu😂). Macam2 kami cerita, dari kenangan childhood, pasal kawan, pasal lelaki lah and last ni, yang aku rasa terdetik nak kongsi di sini.

Aku cakap dekat adik aku, beruntung dia tak duduk asrama macam aku, aku ni dah 7 tahun tinggal di asrama, sampai dah muak dah. Kadang aku rasa sedih sebab bila aku balik, macam2 perubahan jadi yang aku tak tahu since aku tak ada dekat rumah so aku macam out to date sikit. E.g : Ayah aku lately stress pasal kerja and akan marah dekat satu rumah kalau buat salah sikit. Orang dekat rumah dah lali and aku yang baru balik ni tetiba kena sembur maka berlakulah adegan tarik muka masam dan berkurung dalam bilik.

Or, balik2 tengok semua orang happy je rapat dengan adik-beradik lain while aku baru nak terkial-kial kenal and hafal nama.

Pastu adik aku jawab, aku beruntung lagi sebab duduk asrama cuma penat buat kerja sendiri. Tak payah susah2 kena buat kerja rumah yang lain. Plus, duduk rumah tension asyik kena marah, even nak tidur sebab letih pun kena marah , katanya mengada buat2 penat(mak ayah aku cakap camni sebab memang betul pun kami banyak tidur, diorang lagi banyak buat kerja). Aku terdiam. Humm betul jugak. Aku at least penat belajar kat asrama pun weekwnd boleh tidur rehat puas2. Adik aku tak, weekend tu lah dia kena buat semua benda cuci satu rumah.

Aku ubah pulak topik lain, aku cakap pasal akademik. Aku kata dekat adik aku, aku penat jadi 'budak pandai', harapan keluarga. Aku kata, dapat keputusan bagus memang seronok tapi kalau sekali jatuh orang dah lupa semua kejayaan kita, orang asyik tuding kesalahan kita, merendahkan kita sebab gagal.
Then dia cakap, better jadi pandai fail sekali je dari bodoh selamanya macam dia. Adik aku kata semua orang tak habis2 bandingkan aku dengan dia. Tanya kenapa dia bodoh padahal si kakak pandai? Asal buat salah sikit nama aku yang akan diungkit dan dibandingkan dengan adik aku ni.  Aku sebak.
Benda ni memang dari dulu lagi jadi salah satu punca pergaduhan kami. Perbandingan.


Perbandingan ni terjadi bila masing2 tak reti nak bersyukur pada kelebihan dan kekurangan diri masing2. Boleh jadi, kekurangan kita tu satu sumber kelebihan orang lain. Hidup ni saling melengkapi. Aku tak tahu kenapa semua orang tak habis2 nak membanding sesama manusia. Sedangkan setiap satu antara kita ni ada keistimewaan yang berbeza.

Sebagai contoh, aku mungkin pemalu, tapi aku juga antara orang yang lantang dalam pembentangan sesuatu tugas.

Macam adik aku, mungkin perwatakan dia kasar, tapi adik aku sangat pandai berbudi bahasa dengan orang tua.

Bersyukurlah dengan kelebihan masing2. Merungut tak akan mengubah apa-apa.
Berkelahi pun.
Cukup sekadar kita saling menerima

Aku pun lepas dah slow talk dengan adik aku tu, rasa bersalah dengan diri sendiri. Sebab tak bersyukur dengan nikmat yang tuhan bagi.

Allah dah beri aku bakat untuk melukis, tapi aku masih merungut yang aku tak mampu jadi sehebat certain person. Padahal ramai lagi yang berharap agar mereka dikurniakan bakat seperti aku, at least dapat lepas lukis ladybird pun jadilah, sebab masih ada orang yang tak mampu lukis benda sesimple tu.
.
So, jom bersyukur okay?
Bersyukur ada parent yang sayang kita, bersusah payah demi kita, berkorban untuk kita meski dia tak pernah pamer kasih sayangnya pada kita.
Bersyukur masih ada sahabat di kala senang meski sangat sedikit yang berada di samping kita semasa susah.

Just, be grateful, for who you are.

No comments:

Post a Comment