Hai. Wowww, dah lama aku tinggalkan blog ni. Malas gila nak bukak.
Hummmm, aku datang sini balik sebab aku tengah gloomy ni. Start awal Disember ni aku akan masuk semester 4 bagi pengajian diploma aku dalam kursus Seni Halus. Baru-baru ni aku dapat result untuk semester 3 aku and know what? Aku jatuh teruk.
Sebelum ni aku dekan masa semester 1 dan 2, dengan pointer 3.69 dan 3.76. Tapi, dah memang bukan rezeki aku, sem ni pointer aku menurun, 3.38.
Aku tahu result aku akan jatuh, since banyak sangat benda yang terjadi sem ni. Tapi boleh kata teruk jugak ni. Aku frust sangat, tapi tak boleh lama2 since memang salah aku jugak sebab tk usaha betul2.
Yang buat ak sedih sangat harini ialah sebab mak aku. Mak aku tanya dah dapat ke belum result. Lama aku fikir, nak bohong ke tak. Last2 aku pun bagitaulah jugak result aku, sebab rasa bersalah. Actually cgpa aku okay, 3.60 tapi rasa macam tak adil lah pulak bagitau yang tu. Bila bagitau mak aku, dia tanya, 'Kenapa boleh jatuh teruk?'
And i was like, mak, anak mak ni belum pulih lagi rasa kecewa dia tak boleh ke mak bagi kata2 semangat, cakap 'tak apa, janji dah buat yang terbaik' yang ni pun cukuplah. Aku malu bila bagitau certain classmate aku yang aku tak dekan sem ni.
And yang lagi sedih, mak aku lepas tu kaitkan result aku yang jatuh ni dengan semua kesalahan2 yang aku pernah buat. Aku mengaku aku salah, tapi banyak lagi faktor lain yang menjadi penyebab jatuhnya result aku.
Sculpture aku tak ada final work, sebab mould bocor jadi aluminium tumpah. Menggelabah aku masa tu sebab aku je yang bocor orang lain tak. Bila aku request nak buat baru lecturer kata tak payah, sebab taknak membazir and tak cukup masa. Dua jam aku menangis kat tandas fakulti tu tak keluar2. Maka aku dapat B+ untuk subjek tu.
Printmaking, aku selalu melembab bila buat kerja. Plus, cara aku etching bermasalah, ink taknak lekat so hasil print banyak yang kabur. Aku sengaja pilih subject matter bunga kertas sebab tu bunga favourite mak aku. Tengok2, banyak pulak masalah timbul. Aku tahu nampak macam aku sengaja cari excuses. A'ah memang pun. Sebab aku tak tahu nak blame siapa lagi kalau bukan diri aku.
Dulu, masa aku mula2 masuk mrsm, aku ada lah buat hal sikit masa form1 tu sampai ramai yang anti aku time tu. Tiap2 malam aku mengadu dekat ayah mak aku. Sampailah ada sekali tu satu tahap yang aku dah tak tahan sangat sampai aku termenangis dekat public phone tu kata nak balik. Mak aku risau gila, lepas tu ayah aku marah aku, cakap kalau dah masalah sangat berhenti je sekolah situ.
Start dari tu, aku dah tak cerita apa2 dah kat ayah aku. Aku cerita kat mak aku je apa2. Sebab aku kecik hati dengan ayah aku.
Pastu, ada pernah aku cerita kat mak aku yang ada certain2 orang ni taknak kawan dengan aku entah ku pun tak ingat. Lepas tu kalau aku ada buat benda salah sikit, mesti mak aku akan cakap , 'patutlah tak ada orang nak kawan.'
Lepas tu apa2 benda jadi aku langsung dah tak cerita dah dekat mak ayah aku.
So sekarang aku dalam depression bila aku ada buat sesuatu and aku kena marah, aku langsung tak boleh explain reason disebalik semua tu. And sekarang ni makin melampau-lampau aku nak rebel, sebab aku tak dapat cerita langsung salah aku.
Mak aku selalu marah kata aku tak beradab dengan jiran2 dia. Sebenarnya aku tak beradab bukanlah sebab aku memang tak ada adab, tapi aku jadi macam tu sebab bengang bila mak aku tak habis2 bising pasal adab tu. Bukan aku tak senyum, bukannya aku tak salam. Mak aku tu kalau boleh nak aku duduk sebelah bersembang ketawa dengan orang sampai tak ingat dunia. Bila mak aku ni aku tengok macam dah demand sangat, terus aku jadi geram and buat tak tahu bila orang ada. Aku bukannya tak rasa bersalah, cuma ego aku tu.. aku tak boleh nak kawal. Cuma kalau mak aku tak ada, aku layan baiklah. Bila mak aku ada je aku macam kaku, nak senyum pun rasa kekok sebab dah biasa membisu bila orang datang.
Actually aku rasa aku ni normal je, sebab kalau tengok majoriti memang ramai yang jenis senyap dengan orang tua. Segelintir je yang pandai bersembang. Tapi mak aku buat aku macam buat dosa besar tak bercakap dengan orang. Dari rasa nak try beramah terus tak jadi.
Lepas tu, bab Korea. Aku mengaku lah dulu masa lepas spm tu aku ke arah lagha sikit, dengan kpop nih. Maklumlah baru kenal. Pastu start tetiba Malaysia kecoh dengan kes B1A4 peluk anak dara melayu tu, terus mak aku prejudis dengan kpop. Even aku nak tengok kdrama kat 8tv sambil lipat baju pun dikatanya, 'alahhh tak payah nak sibuk sangatlah dengan korea tu, bukan boleh bawak ke akhirat tengok benda tu' and i was like, mak dulu bukan main marathon Winter Sonata dengan maklang aku masa kecik. Time aku saja ubah channel tengok musicbank sebab dah tak da cerita best nak tengok, time tu boleh pulak dia cakap, 'best jugak noh tengok orang korea ni menyanyi, muka dok lawa jaa' huh bolehlah ayat manis dah ada adik beradik sepupu-sepapat yang lain. Cuba kalau aku tengok sorang, seharian kena maki.
Aku tahu aku bukan anak yang baik, jauh sekali perkataan solehah tu. Aku kadang2 selalu jugak nak offer tolong buat kerja rumah. Tapi once aku buat, mesti dia akan berderet-deret suruh aku buat yang lain pulak. Kalau aku sapu luar rumah, pastu dia akan tambah okay lepas ni cabut rumput, lepas tu mop dapur lepas tu sidai baju. Aku terus hilang mood nak buat. Sebab tu lepas tu aku nak buat apa aku akan buat senyap2, masa mak aku tidur ke apa ke sebab aku malas nak buat banyak benda serentak. Tapi tulah, dah buat senyap2 kena maki pulak katanya tak buat kerja. Tapi, sebenarnya, bukan kerap mana pun pun aku buat kerja senyap2 tu heheh. Memang layaklah kena marah.
Aku tiap2 malam menangis(tipulah tiap2 malam, adalah skali sekala), kenapalah aku jadi macam ni. Ada je nak sakitkan hati mak aku. Bukan aku tak tahu kadang tu bila dia marah bergetar suara dia tahan air mata. Aku pun menangis juga, sebab rasa bersalah. Tapi mampu pendam jelah, nak mintak maaf rasa malu. Tiap2 malam berdoa, berazam nak jadi anak yang baik esoknya. Tengok2, bangun2 dah buat mak marah dah. Aku luah kat sini sebab aku dah lama pendam. Nak cerita kat orang rasanya ofcourse aku yang kena balik sebab memang salah aku. Nak tulis kat diari kang ayah aku jumpa dia baca pastu heboh satu rumah. Aku dah serik nak ada diari, sebab ayah aku mampu jumpa walau kat mana pun aku sorok. Fuhh parah. Oklah, itu je.
Kalau ada yang terbaca entri ni, mohon doakan aku jadi anak yang baik and mak aku lebih memahami. Janganlah pulak terbawa2 emosi sampai nak cari aku nak ketuk kepala aku pulak.
Aku pun manusia biasa jugak.
Tak puas hati atas benda bodoh2 ni, memang favourite aku.