Sunday 18 April 2021

Mac 2020 PKP

Eyoo!

Baru je tadi menulis entri pertama untuk tahun 2021, selang sejam kemudian dah muncul pulak nak tulis benda baru? Haha (alhamdulillah dah kenyang makan nasi bujang sorang2 untuk sahur). 


Dah alang2 masih segar tak dapat lelap dari malam tadi, eloklah jika masa yang ada ni aku manfaatkan dengan menulis di blog ni. (Ye ye tau lagi baik pergi buat solat sunat ke baca quran ke sebelum Subuh terima kasih prihatinnn :) )


Alkisah bermulalah kemunculan entah makhluk tuhan yang bermula di Wuhan, China di akhir tahun 2019. Masa tu kita panggil virus Wuhan, tak panggil covid-19 lagi. Masa tu, memasing buat endah tak endah je. Yelah, bukannya dekat negara sendiri ye dok? 

Tengok je China kena lockdown. Sampai lengang bandar2 dekat situ. Lepastu negara2 lain blame Chinese/ Asian. Kalau nampak je mana2 asian people terus 'Wuhan Wuhan', disuruhnya pulang ke Cina. Bengang je manusia2 yang berwajah Asia masa tu. 

Malaysia start ada kes pertama kalau tak silap masa bulan Februari 2020, masa tu tengah cuti sambutan tahun baru Cina. Dekat Langkawi, kalau tak salah ingatlah. Awal tu 2-6 orang je kot rasanya dengar. 

Masa ni aku dah balik ke universiti balik untuk memulakan semester aku yang ketiga. Tiba-tibe lepas tu, kes mencanak naik lepas adanya kluster Tabligh dekat mana eh, area kl-Selangor macamtu lah kot tak ingat dah. 

Masa tu ramai kecam geng2 tabligh ni, kenapa laaa berkumpul ramai2 masa tengah2 pandemik ni. Kesian juga la tengok dekat twitter orang kecam tak pandang kiri kanan, langsung tak jaga perasaan ahli keluarga orang2 tabligh. 

Masa tengah hangat kes kluster ni, aku sebenarnya ada tugasan kena temubual artis tanah air untuk pembentangan subjek Change & Innovation. 

Gigih aku pilih pensyarah aku masa di Perak, sebab aku pemalu nak temubual artis yang di area Kl/ Selangor ni sebab tak kenal & tak biasa dengan kawasan sekitar sini. 

Nak dijadikan kisah, aku dah plan dah dengan partner group lain untuk pergi ke Perak sama2 naik kereta dia, untuk sesi temubual tu. Tiba2, di hari kitorang nak gerak/ sehari sebelum tu, dapat mesej Whatsapp dari pensyarah tu yang beliau terpaksa dikuarantin di rumah sebab ada kontak dekat dengan pesakit covid-19. Punah harapan. 

Tapi aku tetap juga pergi ke Perak tanpa pasangan kumpulan aku, sebab aku dah janji dengan kawan aku yang lain. Memandangkan aku yang kononnya paling arif bab kawasan di Perak tu, kena jugaklah aku ikut. 

Aku pun tak kisah sebab aku memang suka jalan2 dengan kawan2. Cuma melayanglah duit untuk kos perjalanan, makanan dan penginapan di sana haha. 

Masa tu Perak antara kawasan yang berisiko tinggi juga. Cewah masa pergi Billion tu, jalan mengelak2 je dari orang ramai. Mask pun masa tu tak pakai lagi. 

Cari hand sanitizer satu pun tak ada dekat watson, dekat farmasi. Memang licin. Sebab ramai yang takut kan. 

Pastu bermalam dekat kolej Melati 1, punya bergolek terlentang dalam bilik tu,rupanya2 bilik tu ada orang yang menginap hahaha. Patutlah pelik masa bukak kunci pintu, tengok dalam bilik banyak baju bersidai dekat katil. Ingatkan jiran bilik sidai baju dekat bilik kosong lepastu kena kunci dengan orang pejabat haha. Eh eh detail pulak aku cerita. Biashalah. Haha

Esoknya barulah berjumpa dengan pensyarah kumpulan kawan aku tu (sedih sat pensyarah tu dah tak ingat aku padahal baru tahun sebelum tu aku ke rumah beliau, buat temubual haha. Biasalah, terlalu ramai bekas pelajar)

Dah selesai semua, kami balik bergumbiraa tanpa mengetahui apa yang akan mendatang pada minggu seterusnya jeng jeng jengg haha. 

Kerajaan umumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Semua dah kelam kabut dah apa ni macam mana ni. Pihak universiti pun keluarkan surat pekeliling entah berapa kali selang beberapa jam. Sampai dah pening nak ikut yang mana. 

Awalnya kalau tak silap, pelajar diberi peluang untuk pilih nak balik atau tak (kalau tak silap la), sebab aku ingat lagi masa awal2 tu aku pilih untuk taknak balik sebab leceh nak kemas barang. 

Tengok2 wajib semua balik pulak. Lupa bila tarikh akhir kena kosongkan asrama, tapi rasanya pelajar ada tempoh masa dalam 5-7 hari macamtu, masa tu. 

Aku pun pening juga masa tu, dengan kelam kabut kemas barang, dengan tak sempat beli tiket ets. Aku tak biasa naik bas dari Selangor balik ke kampung. 

Lega ada kawan dari negeri yang sama, ada kereta. Aku tanya, boleh ke tumpang balik, katanya boleh. Asalkang tong tong duit minyak, haha. 

Awalnya kami berempat, dengan sorang budak lelaki PJK, sepupu kawan aku. Rupanya2 budak laki tu dah lesap balik dengan kawan dia yang lain tak bagitau dulu. Aku dapat tahu pun sebab roommate aku yang PJK maklumkan. Haiiih menyirap rasa. 

Sebab kitorang memang nak harapkan dia drive sebab kawan aku ni rabun malam, tak boleh drive masa malam. So bila mamat tu tetiba lesap, jadi kacau lah plan. Tapi lepastu aku baru dapat tahu yang mamat tu sebenarnya baru je accident, kaki dia tak sembuh elok lagi. Boleh jadi dia serba-salah nak bagitau sebab kitorang memang nak harapkan dia en, tapi tulah tetiba lesap camtu macam mana tak marah. Tapi takpelah, benda dah lepas. Saja dikenang kat sini, kasi panass balik bila baca dalam beberapa tahun mendatang haha. 


Disebabkan mamat tu lesup, kitorang pun dah plan la nak gerak keesokan paginya. 

Tetiba ada rumor kata, pelajar cuma dibenarkan keluar kampus sehingga 12 malam tu sahaja. Lepastu, siapa yang tak balik lagi kena stay di kolej sampai pkp habis. 

Haaa apa lagi, gelabah la kami berdua (yang ada kereta tu duduk luar) siapkan barang semua dan gerak keluar malam tu jugak haha. Gigih aku habiskan telur ayam berbelas biji dengan buat rolled egg petang tu sebab taknak membusuk dalam bilik (dah tak dapek nak bawak balik en). 

Malam tu, kami ke balai polis dulu untuk dapatkan borang rentas negeri sebelum bermalam dekat rumah sewa kawan aku. 

Risau gila tengok masa tu dekat balai orang ramai gila, dengan tak ada penjarakan sosialnya. Polis pun masa tu sebenarnya bercelaru sebab maklumat tak menentu en dari orang atasan. Dapat2 borang tu, katanya kena fotostat apa ntah. Memang time larut malam ada kedai print bukak en haha. Redho jelah. 

Tengok2 lepas pukul berapa entah, dah lewat sikit tu kata tak perlu isi borang tu pulak dah. Haaa tak apalah, aman sikit kerja. 


Esoknya, dalam pukul 9 lebih macamtu, aku dengan kawan2 aku pun gerak lah balik ke kampung halaman naik kereta. 

Excited betul, sebab ni kali pertama balik rumah tak balik dengan family/ kenderaan awam. Balik dengan kawan, kawan perempuan pulak tu haha. Kami memang tak berani singgah R&R sebab tahu orang ramai. 

Oh lupa, aku siap beli 5-7 botol hand sanitizer dekat shopee masa tu. Untuk nak bagi family aku pakai. Masa otw balik tu pun, sebelum keluar kereta, lepas isi minyak nak masuk kereta, semua aku tuangkan hand sanitizer hahaa. Punyalah paranoid masa tu. 

Masa kat kelas dulu pun asyik pergi tandas, basuh tangan dengan sabun dalam 20 saat, sambil nyanyi Kuch Kuch Hota Hai. Haaa gituuuu punya alert dengan hygiene sebab virus ni (hikmah corona). Tekan lif pun pakai buku lima haha. 

Okay berbalik pada perjalanan aku, kami singgah ke rumah kawan aku yang dekat Kedah tu dulu, tumpang makan sebelum balik ke kampung kami berdua. 

Mak aiiii, first time laaa aku terpesona tengok rumah orang. Haha. 

Kawan aku ni low profile gila tapi rumah perghhhh. 

Dia rumah teres taman tau, tapi dia punya interior memang tiptop. Aku masuk tu tak habis2 wow wow haha. Lagi wow masa masuk tandas. Dia ada bath tub, lepastu tepi tub tu ada rak kayu yang susun barang2. Lepas tu jamban tu cangkung je tapi sebab lantai guna material batu eeh entahlah rasa mewah sangat haha (dah kenapa kata nak cerita kisah pkp ni cerita jamban rumah orang hahaa). Feeling2 macam jamban yakuza tibahhh. Haha.

Mak kawan aku tu ramah betul, hidangkan kami makanan. Aku suka air asam jawa mak dia buat, first time rasa air asam sesedap tu. Siap bagi bawak balik lagi haha. 

Dah rehat2 kejap kawn aku yang drive tu (kasi hilang2 lenguh), kami pun sambung laaa balik ke rumah. Aku mintak kawan aku hantar ke kampung jah, dekat sikit berbanding hantar ke rumah aku. Pastu byebyeee.

Fuhh kenangan betul. 

Punyalah panjang aku tulis, rupanya baru takat 'aku balik rumah sebab pkp'. Hahaa. Banyak lagi ni benda tak cerita. 

Tak apa, kita sambung lain kali. Yang ni pun nanti semput nak baca. Haha. 


Next entry maybe aku akan cerita kisah ODL, dalgona, tiktok, presentation video, hmm apa lagi eh

Aaa tengoklah apa benda yang teringat masa tengah menulis tu haha. 


Sekian, chowww. 

No comments:

Post a Comment