Sunday, 1 February 2015

Takut :'(

ohh seriously.. time aku type untuk entry ni i am crying . 😭😭😭😭 feels like life had been so unfair to me. okay tipu.

Aku cemburu tengok kawan kawan lain ada yang dah pergi universiti. Pakai fast track. Tapi aku tak dapat bukanlah sebab aku tak layak sangat ke apa. Sebab memang dah aku tak apply. Nak buat macamana, takda course yang aku minat?

Aku suka sangat melukis waktu kecik dulu. Aku pernah kena pukul dengan mak aku sebab beli buku cerita mermaid bukan nak baca, nak mewarna je lebih. Semua cover buku cerita aku penuh dengan lukisan aku. Aku pernah kena tinggal dengan bas masa tadika sebab asyik sangat melukis kat whiteboard. Nasib baik ada teacher Menon yang hantarkan aku balik rumah.

Masa aku darjah satu, aku selalu dapat A+++ dalam subjek seni. Aku suka bila orang puji aku pandai melukis. Buku latihan aku selalu tinggal nipis sebab aku koyak bahagian tengah untuk melukis. Masa darjah tiga, prestasi aku dalam pelajaran agak menurun. Masa hari perjumpaan guru dengan ibu bapa, cikgu kelas aku adukan dekat ayah aku yang aku lukis muka ustazah masa kelas agama islam. Nak buat macam mana.. tu ustazah favourite aku. Aku lukis muka dia, dengan harapan dia akan suka and puji aku. Esoknya aku pergi kelas.. remuk hati aku bila tengok lukisan tu masih atas meja guru. Ustazah tak ambik pun.

Naik tingkatan 1, aku dapat MRSM. Alhamdulillah. Kat sini pun ada subjek seni. Masa form 1, biasalah kalau cikgu masuk.. mulalah sesi taaruf. Tanya nama, asal mana, cita cita nak jadi apa. Ramai kawan kawan aku nak jadi doktor. Bila time aku, time aku mention cita cita aku nak jadi pelukis, terus berubah muka cikgu yang bertanya. Banyak cikgu yang pandang rendah pada aku. Sebab ada cita cita tu. Tapi aku tak terkejut pun, sebab mak ayah aku pun berpendapat sama.

Aku selalu sentap, bila orang kata kalau cita cita setakat nak jadi cikgu.. polis.. tak payah datang mrsm, sekolah biasa pun dah cukup. tu tahap cikgu, kalau aku yang bercita cita nak jadi pelukis ni? lagi lah. orang selalu kata kalau suka sangat seni tupergilah sekolah art, kenapa datang sekolah sains?! Manalah aku tahu.. Kan biasanya orang akan pandang tinggi kalau dapat belajar kat mrsm. Sekolah seni kan biasanya swasta, aku mana ada duit. Lagipun aku budak kampung, manalah terdedah sangat pakai benda  benda seni. Aku sampai sekarang pun tak dapat merasa lagi cat pakai akrilik. Sedih kan?


Tapi alhamdulilllah..sekarang ni aku dah habis form five dah pun,  tinggal berapa minggu je lagi result nak keluar. Aku ambil subjek tambahan seni dan alhamdulillah aku pelajar terbaik seni untuk 2013 dan 2014. Sedikit sebanyak aku rasa seronok sebab aku rasa macam bakat aku dah diiktiraf. :)  tapi..


nak dekat spm haritu.., baru aku sedar yang aku taklah hebat pun. kat luar sana ramai lagi yang lagi hebat. Tak jauh pun, sekolah kat sebelah maktab tu ha. Pakar potret. aku follow insta dia. @hazimi_arts. Ada lagi sorang budak taiping. Stylo gila dia lukis. and sekarang dia sibuk belajar buat 3D guna komputer. Bila aku tengok orang macam ni, aku sumpah rasa takut. Rasa kerdil. Tu baru dua orang aku jumpa, kat universiti nanti macamana? Layakkah aku nak lanjutkan pelajaran aku nanti dengan skil yang tak seberapa ni? Dahlah aku tak mampu nak beli kelengkapan seni yang mahal mahal. :'(   Aku memang pasrah sekarang, cuma yang aku boleh buat sekarang ni asah lagi skill, supaya tak karat.


ARghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment