Saturday, 14 February 2015

hangat hangat tahi ayam

Haha. Ni kisah 2 bulan yang lepas kot. Masa aku dah rasa macam totally give up dalam cabang seni. Hahah. Satu petang.. sepupu aku datang. Kami bersembang pasal course yang akan kami pilih semasa melanjutkan pelajaran di universiti nanti. Aku cakaplah yang maybe aku akan pursue dalam bidang seni. Makteh aku cakap nak masuk akademi Saiful Nang ke? Aku dah try baca dah pasal tu. Akademi insan prihatin apa tah. Bagus tapi.. kenapa aku rasa macam tu satu charity club eh? Takpelah pasal tu. Kedatangan sepupu aku tu buat aku rasa excited nak buat komik lepas dia kenalkan aku dengan satu blog ni. Aku dah lupa dah nama blog tu tapi komik blogger tu buat simple je. Lawak dia tu cuma orang pandai je boleh gelak haha. Takdelah. So malam tu semangat sungguh aku lukis cover untuk komik aku. Haha. Tup tup rupanya aku ni kekeringan idea dalam bab buat komik lawak bodoh. Aku cubalah ambik karakter dari classmate aku. Kot kotlah boleh la jugak melukis sambil mengimbau kenangan. Huh. Tak boleh jugak. Last last terbengkalai macam ni. Hot hot chicken poo.

No comments:

Post a Comment