Monday, 16 February 2015

alasan

Anak mana yang taknak ibu bapanya bahagia. Begitulah juga aku. Aku teringin sangat nak jadi penyebab mereka tersenyum tiap tiap hari. Tapi tak sangka.. cuti yng dah hampir 3 bulan ni hanya membuatkan mereka lebih kecewa dengan aku. Aku akui.. pada bulan yang pertama tu memang aku cuma ingat nak qada balik semua tidur aku yang selama ni tak dapat aku lunaskan masa kat asrama dulu. Tapi tak sangka benda tu dah jadi habit. Start bulan 2 ni.. mak aku dah mula strict. Tak bagi aku tidur lepas subuh. And wajib mandi awal pagi. Aku dah start terbiasa balik dah. Aku tak tahan bila mak ayah aku asyik tanya pasal belajar. Aku memang seriously tak tahu. Aku tak apply untuk spc. Jadi memang takdelah fast track ke apa ke. Aku tahu aku ni selalu cipta alasan. Tapi tu bukan bermaksud aku ambil ringan pasal benda ni. Aku cuma memang tak tahu step dia. Masih samar samar. Aku tak ada kakak nak guide aku. Mak ayah aku lagilah tak tahu. Aku pulak ngan asyik confusenya lagi. Ayah aku marah ku sebab tak rapat ngan kaunselor. Nak buat macamana. Semua aktiviti ceramah.. pendedahan ke universiti cakap pasal engineering. Memang aku nak pasang telinga pun. Aku tak berani nk jumpa kaunselor. Sebab diorang selalu cakap mrsm nak lahirkan individu yang hebat. Saintis, doktor, engineer. Kalau setakat nak jadi cikgu ustazah baik mengaji sekolah pondok. Aku tak berani tanya.. takut kalau cita cita aku nanti diperlekehkan. Ahh aku memang banyak alasan! Ada saja alasan untuk aku mengelak dari buat sesuatu. Haih. Dada aku sesak. Sakit. Banyaknya dosa aku sampai tak dapat nikmat ketenangan tu.

No comments:

Post a Comment